Friday, January 18, 2013

Sejarah yang ingin saya tinggalkan


Ebiet G. Ade melakarkan rasa dalam lagunya;

Mengapa kau tidak melihat

Apa yang aku fikirkan

Semuanya terbuka di mataku

Mengapa engkau tidak peduli

Isyarat yang ku kirimkan

Lewat sejuta puisi

Lewat selaksa bunga 

 

Pernah dulu saya juga mencoret rasa tatkala hati diteduhi awan rindu pada dia; 

Pada kamu yang saya rindu,

Segeralah jadi yang halal untuk saya,

Agar saya lebih tenang,

Agar hati yang bergolak segera berhenti.

(Isnin, 26/3/2012, Kelana Jaya) 

 

Tetapi, hari demi hari saya kian mengerti. Hidup kita adalah satu perjalanan waktu. Kita hanya mampu merancang, tapi yang menentukan masih Tuhan.  Peneman hidup saya ternyata bukan dia. Tapi, rasa kesal itu tak hadir cuma rasa terkilan. Kerana pernah meletakkan harap pada yang tak berhak. Hari ini saya karang lagi untaian kata untuk dia. Bukan madah berperi, tapi sebuah janji pada diri sendiri.  

Pada kamu yang saya pernah rindu

Ternyata takdir kita tak pernah tertulis

Sejak dari awal lagi

Saya relakan kamu pergi

Kerana saya sedang belajar

Menjadi setia pada takdir saya

 

Sayang saya kerana Allah

Andainya Dia tak mengizinkan

Saya tak akan jadi penderhaka

Terima kasih kerana pernah

Menjadi sejalur warna dalam hidup saya

(Selasa, 4/12/2012, Johor Bahru)

 

Bukan saya  tak setia, tapi kerana kamu yang tak pernah  bertindak lebih dari mengirim rindu di angin lalu.