Friday, November 7, 2014

Ahli Baru, Amanah Allah, Anakku Sayang

Alhamdulillah, Allah Maha Hebat, Dia Maha Kaya, Dia yang menghidupkan dan mematikan, Dia pemilik nyawa, Dia ambil dan Dia yang beri.

Awal tahun, baru saja belajar jadi isteri orang, sekarang dah jadi ummi. Dulu berdua, sekarang dah bertiga..macam tak percaya, macam masih bermimpi.. Rasa macam baru lagi jadi pengantin baru..(perasan tak habes lagi..)..

**throwback**




****

Genap 9 bulan Sofwan pergi, Allah kirimkan amanah baru sebagai permata hati. 16 Oct 2014,  21  Zulhijjah 1435H, Alhamdulillah, lepas lebih 5 jam bertarung nyawa dalam labour room, saya berjaya lahirkan baby girl yang comel di Hospital Kulim Hi-tech. 

Sungguh macam tak percaya. Tapi sakitnya Allah saja yang tahu..Sampai tidur malam pun boleh mengingau. Wajarlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu..Wajarlah jugak kalau nabi suruh kita taat pada ibu sampai 3x lebih utama daripada ayah. Seriously, kalau himpun semua sakit saya sepanjang hidup 25 tahun lebih ni pun tak terbanding dengan sakit bersalin.





Tapi, sakit bersalin tu berbaloi-baloi rasanya bila dapat tengok anak kesayangan saya lahir dengan sempurna dan sihat..Sakit separuh mati tu pun pandai hilang tanpa disuruh. Saat nurse letak baby atas dada saya, bila saya dapat pegang jari kecik dia, rasa saya sangat bahagia. Saya azan di tepi telinga dia, moga kalimah tauhid tu jadi kalimah pertama dia dengar dan moga nanti jadi kalimah akhir dia di bumi ni, InsyaAllah.. 






Moga anak ini membesar menjadi penyejuk mata ummi abah, menjadi pendokong dakwah dan pembawa semangat mujahidah islam. Buah hati ummi, nanti jadi anak solehah ya, kebanggaan kami, kebanggaan umat ini. Sayang kamu selamanya.

**Ingat nak buat nukilan untuk si kecil saya, tapi sekarang ni idea semua tengah menyorok dalam selimut..**

-END-





Saturday, November 16, 2013

Semuanya macam mimpi

13 November 2013, Rabu, Pasar Awam Larkin, Johor Bahru




Assalamualaikum..

Setelah berkurun jugak tak menjenguk, akhirnya dapat lagi isi entry dekat sini..

Lagi 10 HARI !!!! Allah, macam tak percaya. I am going to move into another phase of life. Rasa macam semuanya serba tak cukup..Tak cukup matang, ilmu, sabar, rajin dan macam-macam lagi..Oh, takutnya saya..Macammana ya saya nak jadi isteri dan menantu yang baik? Yang mendahulukan keperluan suami sebelum diri sendiri, yang angguk-angguk saja dengan keputusan suami walaupun hati rasa tak setuju, yang tak tidur lepas subuh untuk pastikan suami makan sarapan air tangan sendiri...T_T

Ramai orang tanya, Dina nampak macam tak nervous saja..Tak takut ya? .. maaf ya, takut saya tak nampak dekat muka..Tak perlu rasanya nak terangkan panjang-panjang tentang rasa dalam hati ni. Demam dah 2 minggu macam tak nak kebah-kebah..Perut sakit sampai kena inject painkiller. Kagum rasanya dengan mereka yang sangat tak sabar-sabar nak ke gerbang perkahwinan..Bukan sebab kena paksa rasa macam ni..mungkin fizikal saya tengah buat preparation nak terima tanggungjawab berat lepas ni.

Lepas ni, nak tutup buku tentang sejarah-sejarah lalu..Saya nak jadi isteri solehah yang suami redha sampai akhir hayat saya..Kalau nanti ada rezeki anak, moga saya dapat jadi ummi yang dapat membentuk anak saya mengikut acuan al-quran dan sunnah. Allah, andai jalan syurgaMu tak pernah mudah untukku, maka temani aku pada setiap saat agar aku jadi hambaMu yang kuat yang tak pernah menyerah.

Dot, kalau mu baca, tolong doakan aku ya!! Sebab mu sorang ja yg suka intip blog aku.

Friday, January 18, 2013

Sejarah yang ingin saya tinggalkan


Ebiet G. Ade melakarkan rasa dalam lagunya;

Mengapa kau tidak melihat

Apa yang aku fikirkan

Semuanya terbuka di mataku

Mengapa engkau tidak peduli

Isyarat yang ku kirimkan

Lewat sejuta puisi

Lewat selaksa bunga 

 

Pernah dulu saya juga mencoret rasa tatkala hati diteduhi awan rindu pada dia; 

Pada kamu yang saya rindu,

Segeralah jadi yang halal untuk saya,

Agar saya lebih tenang,

Agar hati yang bergolak segera berhenti.

(Isnin, 26/3/2012, Kelana Jaya) 

 

Tetapi, hari demi hari saya kian mengerti. Hidup kita adalah satu perjalanan waktu. Kita hanya mampu merancang, tapi yang menentukan masih Tuhan.  Peneman hidup saya ternyata bukan dia. Tapi, rasa kesal itu tak hadir cuma rasa terkilan. Kerana pernah meletakkan harap pada yang tak berhak. Hari ini saya karang lagi untaian kata untuk dia. Bukan madah berperi, tapi sebuah janji pada diri sendiri.  

Pada kamu yang saya pernah rindu

Ternyata takdir kita tak pernah tertulis

Sejak dari awal lagi

Saya relakan kamu pergi

Kerana saya sedang belajar

Menjadi setia pada takdir saya

 

Sayang saya kerana Allah

Andainya Dia tak mengizinkan

Saya tak akan jadi penderhaka

Terima kasih kerana pernah

Menjadi sejalur warna dalam hidup saya

(Selasa, 4/12/2012, Johor Bahru)

 

Bukan saya  tak setia, tapi kerana kamu yang tak pernah  bertindak lebih dari mengirim rindu di angin lalu.

Monday, June 11, 2012

Kehidupan ini adalah dewan kuliah dengan bermacam ragam pensyarah

Assalamualaikum.

Tiba-tiba, hati rasa tergerak untuk mencoret rasa hati. Sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman walaupun tidak cukup menarik pada pandangan umum.

Hari Sabtu lepas (9/6/2012), saya ke program "A Moment to Remember with Oki Setiana Dewi and Wardina". Bertolak dari Kelana Jaya jam 6 petang dan turun di LRT Setiawangsa. Jejak sahaja kaki di Setiawangsa, masa dah beranjak ke waktu Maghrib. Saya rasa terharu, bila saya dapat solat berjemaah di surau stesen LRT. Bila hati kita mencintai Tuhan yang sama, kita jadi bersaudara walau tak pernah berbicara. Hati saya jatuh kasih pada wajah-wajah yang saya temui pada malam itu.

Saya ke Dewan Centrum Setiawangsa dengan Fiqa dan Elmy. Ramainya orang yang datang dengan bermacam-macam tujuan. Tujuan saya; sekadar mencari inspirasi, menjejak contoh dan mengambil ibrah daripada pengalaman orang lain. Juga untuk mencari semangat meneruskan perjuangan saya yang kadangkala rasa bagaikan tersungkur. Indahnya wajah Oki. Seindah tutur katanya yang lembut menusuk kalbu. Saya juga terpesona dengan alunan duet bacaan Surah An-Naziat oleh Wardina dan puteri comelnya, Amna. Terharu :')





** gambar ini saya kreditkan untuk photographernya yg saya dah tak ingat siapa :)
 

Monday, April 16, 2012

Pengalaman baru yang mencorak Hidupku: Bas yang ada pramugari

Ahad, 15 April 2012

Pertama kali dalam hidup saya selama 23 tahun++, merasa naik bas yang ada pramugari..Ba kasi chance merasa jadi anak orang kaya sekejap..Tapi harganya, double dari harga biasa.Kalau harapkan duit dari poket sendiri memang tak mungkinlah saya nak beli tiket camni..


Kronologi sehari jadi anak orang kaya:
2.30 pm - berlari-lari bapak ke platform bas di Pasar Larkin, Johor Bahru..Bertuah la saya ni, walaupun nak putus nafas lari-lari camni, tapi memang tak pernah serik..Tiap2 kali balik jb pn camni! Bila nak jadi lebih kewanitaan sikit ni ha, cik Dina?

2.33 pm - Bas pun bertolak meninggalkan Jb..mmg caya la couch captain (bukan driver ok!), sangat time-concious..Bangga jadi salah satu penumpang kamu! Agak nice jugak bas ni seperti namanya jugak.

Di atas jalan (otw) - berlakulah conversation antara saya dan pramugari:
                               1st round : kak, ni bantalnye! reply:Tq ^_^
                               2nd round : Kak, ni airnye !  reply:Tq again :)
                               3rd round : without dialog..Dapat sekotak pastri yang besa-besa saja bestnya.
                               4th round : kak nak air apa? Tea or coffee?  reply: Milo1 bley?? :P
Kesimpulannya,
* sewa bantal 3j 1/2 - RM 2 kot, air kotak + mineral - RM 2.50, pastri - RM2, tea - RM1.50,
* TOTAL = RM8..
* Tiket biasa = RM31..
* Tiket bas dengan pramugari RM61..
* Harga tiket - Harga perjalanan - Modal makan2 = RM61- RM31- RM 8 = RM 22.

Jadi, senyuman manis pramugari tu berharga RM22..Boleh buat beli tiket balik jb lagi sekali..

Pengajarannya: Ba, lain kali, tak mau jadi anak orang kaya dah! Jadi orang sederhana dah cukup untuk saya :P                                                      
                                                               --SEKIAN--



Thursday, April 12, 2012

Majlis Ilmu Adalah Taman Syurga di Dunia

Lokasi : Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor
Tarikh : 7/4/2012, Sabtu

Isi ceramah imam dari gambia (antara isi yang terlekat dlm kepalaku yg pelupa ni):
  • Sepertimana orang sakit yang tak dapat merasa manisnya makanan, mcm tu jgk bila hati kita sakit tak dapat merasa manisnya zikrullah.
  • hati yang tiada zikrullah umpama mati sebelum waktunya.
  • ilmu hakikat dan ilmu syariat umpama pakaian dgn badan.Kalau keluar tanpa pakaian, seperti orang gila.
  • kenapa nabi tak ada musuh? sebab nabi selalu memaafkan. Orang memusuhi kerana mereka tidak tahu.
  • Bilamana kita hadir dalam majlis ilmu, bukan kerana kehendak kita dan bukan juga kerana kehendak orang lain, tapi kerana kehendak Allah..Jadi, bersyukurlah Allah memilih kita!
-----------------------------------------
-zikrullah-

Wednesday, April 4, 2012

My first UAT session


For two days, I have become adult since I got a chance to directly deal with client for UAT session..UAT stand for User Acceptance testing before the product deployment. That UAT is about getting official approval from the client on the functionality and features of the AirTimeTransfer in fb. Haha..dah penat speaking :'P



Hari rabu and khamis minggu lepas which are 26 and 27 Mac 2012, saya dah berjaya ikut sorang senior kat office ni pegi Menara Celcom kat Ampang Park untuk testing. Bangga la jugak rasanya bila pertama kali merasa jadi a part of vendor team dan jadi among the earliest user of fbats (walaupun biasanya, saya jarang jugak guna benda ni).



Mulanya di pagi hari, bila saya dan kaka terkejar-kejar bas ke lrt kelana jaya -> ampang park lrt station -> naik ..Muka dua-dua budak ni bukan main berseri lagi sebab boleh escape daripada masuk office hari ni :D. (Macam ni rasanya prisoner lepas daripada penjara.) Hihi~ Kami bukan budak malas tau !!

Bila sampai kat sana, K.Beba and K.Farah aje yang ada..So, kami borak-borak before tunggu yang lain sampai..Dalam fikiran saya, mesti client testers ni garang, fussy, and critical..(Cuak nih~)..Tapi, situasi tak la secomplicated yang dibayangkan.. They are friendly and helpful, even towards me, just an intern who know nothing..(Tak ada lah nothing sangat sebenarnya, ada la bekal sikit-sikit ( ^_^)



Banyak benda yang dapat saya belajar hari tu walaupun testing proses bersambung esok harinya..Kalau yang formalnya, of course lah how to performing UAT..tapi yang paling saya suka adalah pelajaran tak formal yang saya ceduk dari orang lain..Tak kiralah kita pekerja bawahan atau pegawai kelas atasan, jangan pernah lupa untuk hormati orang lain..Respect adalah nilai yang sangat besar untuk kita tambah kawan, tambah connection, tambah popularity (hehe.. saya tak gila popular sebenarnya) and urusan kita akan lebih mudah dengan adanya bantuan orang lain.. Jangan mudah marah, dengar pendapat orang lain, ready to learn new thing and many more. Thank you so much Kak Farah for everything you teach me. InsyaAllah, saya akan jadi saksi bahawa akak orang yang baik..Moga akak dan saya diberi taufiq dan hidayah untuk jadi hamba Allah, mslimah dan mukminah yang lebih baik..Saya akan selalu doakan.

Sorry, dah melalut panjang-panjang..Ini je dulu..InsyaAllah, lain kali saya update lagi (walaupun tatau la sapa yang sudi baca)..Just nak simpan sikit pengalaman untuk tatapan anak-anak saya pada masa depan.