Saturday, November 16, 2013

Semuanya macam mimpi

13 November 2013, Rabu, Pasar Awam Larkin, Johor Bahru




Assalamualaikum..

Setelah berkurun jugak tak menjenguk, akhirnya dapat lagi isi entry dekat sini..

Lagi 10 HARI !!!! Allah, macam tak percaya. I am going to move into another phase of life. Rasa macam semuanya serba tak cukup..Tak cukup matang, ilmu, sabar, rajin dan macam-macam lagi..Oh, takutnya saya..Macammana ya saya nak jadi isteri dan menantu yang baik? Yang mendahulukan keperluan suami sebelum diri sendiri, yang angguk-angguk saja dengan keputusan suami walaupun hati rasa tak setuju, yang tak tidur lepas subuh untuk pastikan suami makan sarapan air tangan sendiri...T_T

Ramai orang tanya, Dina nampak macam tak nervous saja..Tak takut ya? .. maaf ya, takut saya tak nampak dekat muka..Tak perlu rasanya nak terangkan panjang-panjang tentang rasa dalam hati ni. Demam dah 2 minggu macam tak nak kebah-kebah..Perut sakit sampai kena inject painkiller. Kagum rasanya dengan mereka yang sangat tak sabar-sabar nak ke gerbang perkahwinan..Bukan sebab kena paksa rasa macam ni..mungkin fizikal saya tengah buat preparation nak terima tanggungjawab berat lepas ni.

Lepas ni, nak tutup buku tentang sejarah-sejarah lalu..Saya nak jadi isteri solehah yang suami redha sampai akhir hayat saya..Kalau nanti ada rezeki anak, moga saya dapat jadi ummi yang dapat membentuk anak saya mengikut acuan al-quran dan sunnah. Allah, andai jalan syurgaMu tak pernah mudah untukku, maka temani aku pada setiap saat agar aku jadi hambaMu yang kuat yang tak pernah menyerah.

Dot, kalau mu baca, tolong doakan aku ya!! Sebab mu sorang ja yg suka intip blog aku.

Friday, January 18, 2013

Sejarah yang ingin saya tinggalkan


Ebiet G. Ade melakarkan rasa dalam lagunya;

Mengapa kau tidak melihat

Apa yang aku fikirkan

Semuanya terbuka di mataku

Mengapa engkau tidak peduli

Isyarat yang ku kirimkan

Lewat sejuta puisi

Lewat selaksa bunga 

 

Pernah dulu saya juga mencoret rasa tatkala hati diteduhi awan rindu pada dia; 

Pada kamu yang saya rindu,

Segeralah jadi yang halal untuk saya,

Agar saya lebih tenang,

Agar hati yang bergolak segera berhenti.

(Isnin, 26/3/2012, Kelana Jaya) 

 

Tetapi, hari demi hari saya kian mengerti. Hidup kita adalah satu perjalanan waktu. Kita hanya mampu merancang, tapi yang menentukan masih Tuhan.  Peneman hidup saya ternyata bukan dia. Tapi, rasa kesal itu tak hadir cuma rasa terkilan. Kerana pernah meletakkan harap pada yang tak berhak. Hari ini saya karang lagi untaian kata untuk dia. Bukan madah berperi, tapi sebuah janji pada diri sendiri.  

Pada kamu yang saya pernah rindu

Ternyata takdir kita tak pernah tertulis

Sejak dari awal lagi

Saya relakan kamu pergi

Kerana saya sedang belajar

Menjadi setia pada takdir saya

 

Sayang saya kerana Allah

Andainya Dia tak mengizinkan

Saya tak akan jadi penderhaka

Terima kasih kerana pernah

Menjadi sejalur warna dalam hidup saya

(Selasa, 4/12/2012, Johor Bahru)

 

Bukan saya  tak setia, tapi kerana kamu yang tak pernah  bertindak lebih dari mengirim rindu di angin lalu.