Saturday, June 26, 2010

Untungkan Jadi Perempuan..



a Hadith stated that:
"A woman whose husband is pleased with her at the time of her death goes straight into paradise"

Walaupun wanita or perempuan ni mudah masuk syurga..tp kenapa ye ramai jugak perempuan yang terhumban ke neraka..I'm curious la..

Saya ada terdengar ceramah Ustaz Kazim membacakan hadith yg mafhumnya begini:
Ada 2 perkara yg membawa manusia ke neraka iaitu
1. mulut
2. faraj

Mulut kita banyak berbohong, mulut meninggikan suara dgn ibu bapa dan suami, mulut kita menyakiti hati orang lain, mulut kita menyebar fitnah tapi yg dapat top score dalam carta dosa perempuan adalah amalan suka bergosip, mencela dan buat ketupat..

Ada satu lagi hadith yg menceritakan sebab kenapa perempuan banyak di neraka..reason yg pertama adalah kerana mengkufurkan kebaikan suami..Ape la pulak bendanya ni..Apa yg dimaksudkan dgn mengkufurkan kebaikan suami adalah contohnya camni; bila si isteri ni marah..dia pun cakap camni.."selama saya hidup dgn abang ni, abang ni satu sen pun xguna, xpernah nak menyenangkan hati saya"....sedangkan baru sekali ni je suami dia xbelikan dia kasut baru..habis semua kebaikan suami dia selama ni lenyap dibawak angin...yg kedua pulak adalah selalu mencela ..apa makna mencela di sini adalahnya macam ni...aminah tunggu bas punya la lama...tp bila bas datang, bas ni pulak xmau berhenti...si aminah ni dengan muka merah dan emosi yg tak stabil pun cakap camni.."Tak guna punya bas, makan gaji bute ke ha...!!"

Kesimpulannya kat sini, marilah kita mengkaji diri kita...aku ni di takuk mana??

Sebelum nak berhenti tulis post ni,saya nak share jugak satu pesan Imam Ghazali yang akan saya huraikan guna bahasa saya sendiri..Harap,bermanfaat..
Iman Ghazali kata kalau kita rasa nak mengumpat,org yang paling layak diumpat adalah mak kita sendiri...Apekehei nye pulak ye dok?? aku sayang mak aku setengah mati....Ini adalah disebabkan pahala kita akan dipindahkan kpd orang yang kita umpat..Oleh sebab mak la orang yg paling kita sayang..jadi, mengumpat mak sendiri bererti kita memindahkan pahala amalan kita kpd mak kita sendiri sebagai lambang kasih sayang yg x berbelah-bagi..

So,terpulang la kepada sapa2 yg nak bagi hadiah hari ibu dgn cara yg macam tu...

Sekian..