Monday, June 11, 2012

Kehidupan ini adalah dewan kuliah dengan bermacam ragam pensyarah

Assalamualaikum.

Tiba-tiba, hati rasa tergerak untuk mencoret rasa hati. Sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman walaupun tidak cukup menarik pada pandangan umum.

Hari Sabtu lepas (9/6/2012), saya ke program "A Moment to Remember with Oki Setiana Dewi and Wardina". Bertolak dari Kelana Jaya jam 6 petang dan turun di LRT Setiawangsa. Jejak sahaja kaki di Setiawangsa, masa dah beranjak ke waktu Maghrib. Saya rasa terharu, bila saya dapat solat berjemaah di surau stesen LRT. Bila hati kita mencintai Tuhan yang sama, kita jadi bersaudara walau tak pernah berbicara. Hati saya jatuh kasih pada wajah-wajah yang saya temui pada malam itu.

Saya ke Dewan Centrum Setiawangsa dengan Fiqa dan Elmy. Ramainya orang yang datang dengan bermacam-macam tujuan. Tujuan saya; sekadar mencari inspirasi, menjejak contoh dan mengambil ibrah daripada pengalaman orang lain. Juga untuk mencari semangat meneruskan perjuangan saya yang kadangkala rasa bagaikan tersungkur. Indahnya wajah Oki. Seindah tutur katanya yang lembut menusuk kalbu. Saya juga terpesona dengan alunan duet bacaan Surah An-Naziat oleh Wardina dan puteri comelnya, Amna. Terharu :')





** gambar ini saya kreditkan untuk photographernya yg saya dah tak ingat siapa :)