Wednesday, March 14, 2012

Learning new things for every single day


Walaupun saya tak banyak kerja time internship ni, I try to collect every single knowledge that I could gain.. Contohnya, macammana nak jadi lebih peramah, lebih berani, how to smile to those that I never know before, belajar untuk taatkan ketua, learn how to reserve hi-tea at hotels and many more. Semuanya interesting bagi saya-yang-serba-tak-tahu..Kesimpulannya, LI bukan cuma untuk belajar coding, bukan jugak untuk tunjuk bakat bahawa saya programmer yang hebat..but to learn on how to survive, how to respect others, and how to be a better person. I wanna be a better person..A person yg dapat memberi manfaat untuk orang lain. Ok,PEACE~

Monday, February 27, 2012

Charger semangatku


Di sini, aku kehilangan juga kerinduan pada dia, charger semangatku. Bukanlah untuk merintih atau merayu agar dia datang padaku, tapi mengharapkan bebanan nafasku jadi lebih ringan bila menulis. Selama ini, bukan selalu dia di depan mataku, tapi aku tahu dia dekat denganku. Disini, aku rasa sendiri..Tapi, aku akan terus berdiri dan berlari..menyempurnakan tanggungjawabku. Kerana hidupku bukan untuk dia tapi untuk Dia, Tuhanku Yang Agung.

Tuesday, February 21, 2012

My third internship day




My third internship day, I was undergo process of rejunioring..Apa tu?..menjadi muda semula, jadi adik pada semua orang kat office ni..Walaupun di Uni, saya adalah super senior yang boleh bertindak sesuka hati, disini, saya belajar semula..menjadi orang bawahan yang selalu kata ya, OK, baiklah! Tp, I'm seriously glad..when everybody look at me as their younger sister and taking care of me. Therefore, I will try my best to complete any task and learn as much as possible from the experienced one..But right now, I'm totally a mouse at my company. Nak senyum salah, nak nangis pun salah..aigoo~ Bila saya boleh kembali menjadi diri saya yang happy and friendly?

Monday, October 18, 2010

Ujian Itu Tanda Kasih Tuhan...


Tuhan, andai sakit ini membawa aku kepadamu, aku relakan Ya Allah..


Tuhan, andai kesedihan ini yang menjadikan aku dekat denganMU, aku redha dengannya Ya Allah..

Tuhan, andai Engkau yang ingin aku begini, aku ingin sekali menyerah dengan sepenuh hati..

Tuhan, perbaiki hatiku..agar selalu berbaik sangka denganMu

Tuhan, ingin sekali aku menjadikan hatiku milikMu
yang sentiasa menerima segalanya dariMu dengan berlapang dada..

Kerana Engkau Tuhanku..



Monday, August 16, 2010

Ramadhanku sayang~


Hari ni hari ke-6 ramadhan...Salam Ramadhan ye pada sapa2 yg sudi dtg kat blog ni..

Hari ni saya nak menulis secara santai...Saya nak share satu berita yg saya tak boleh nak lupa sampai sekarang(wlupun bru beberapa hari je berlalu!!)...Sehari b4 ramadhan kali ni, saya dapat satu berita yg mengejutkan..ustazah tersayang saya da kembali ke rahmatullah..terkejut dan sangat terkesan..

betul la apa org selalu ckp..hargai la ramadhan yg kita lalui sbb xtentu kita akan jumpa lg ramadhan akan datang...tp syg sekali,saya ni bukan jenis org yg konsisten..bila rasa insaf tu datang, rasa nak delete abes je semua lagu2 n citer2 mengarut dlm laptop tu...tp bila rasa cam jahat cket, saya pun gi copy blk dr kwn2 citer yg jiwang2 tu...

Ya Allah, susahnya nak jd baik...!Bukan tak ada pengaruh yg baik, biah yg baik, tp still jgk pilih yg terang2 la nampak keburukannya...sebabnya, xcukup sekadar azam..tapi azam menuntut mujahadah..mujahadah tu tak payah cerita la peritnya~..syurga kan dipagari raujau dan dugaan,neraka plak dihiasi dgn seribu satu keindahan, keseronokan...

Rugi la aku yg mensia-siakan ramadhan...rugi lagi kalau sia2kan hidup yg pendek ni dgn segala benda best yg cuma bersifat sementara...cepat2 la sedar...ramadhan tinggal berapa hari ja lg..umur lg la xtau tinggal brpa lama..

Mohon kalau sapa2 yg baca blog ni,rajin2 la doa utk perubahan kita bersama..change for good,uh??

Sekadar meminjam kata2 seseorang yg ditokok tambah oleh diri sendiri;

The hardest battle is when we go against ourself,
to be different, to make a total change,
versus
It put the blood and tears at stake
Like piercing our own flesh and emotions,
The only solution that I found,
Mujahadah and istiqamah..

--END--

Saturday, June 26, 2010

Untungkan Jadi Perempuan..



a Hadith stated that:
"A woman whose husband is pleased with her at the time of her death goes straight into paradise"

Walaupun wanita or perempuan ni mudah masuk syurga..tp kenapa ye ramai jugak perempuan yang terhumban ke neraka..I'm curious la..

Saya ada terdengar ceramah Ustaz Kazim membacakan hadith yg mafhumnya begini:
Ada 2 perkara yg membawa manusia ke neraka iaitu
1. mulut
2. faraj

Mulut kita banyak berbohong, mulut meninggikan suara dgn ibu bapa dan suami, mulut kita menyakiti hati orang lain, mulut kita menyebar fitnah tapi yg dapat top score dalam carta dosa perempuan adalah amalan suka bergosip, mencela dan buat ketupat..

Ada satu lagi hadith yg menceritakan sebab kenapa perempuan banyak di neraka..reason yg pertama adalah kerana mengkufurkan kebaikan suami..Ape la pulak bendanya ni..Apa yg dimaksudkan dgn mengkufurkan kebaikan suami adalah contohnya camni; bila si isteri ni marah..dia pun cakap camni.."selama saya hidup dgn abang ni, abang ni satu sen pun xguna, xpernah nak menyenangkan hati saya"....sedangkan baru sekali ni je suami dia xbelikan dia kasut baru..habis semua kebaikan suami dia selama ni lenyap dibawak angin...yg kedua pulak adalah selalu mencela ..apa makna mencela di sini adalahnya macam ni...aminah tunggu bas punya la lama...tp bila bas datang, bas ni pulak xmau berhenti...si aminah ni dengan muka merah dan emosi yg tak stabil pun cakap camni.."Tak guna punya bas, makan gaji bute ke ha...!!"

Kesimpulannya kat sini, marilah kita mengkaji diri kita...aku ni di takuk mana??

Sebelum nak berhenti tulis post ni,saya nak share jugak satu pesan Imam Ghazali yang akan saya huraikan guna bahasa saya sendiri..Harap,bermanfaat..
Iman Ghazali kata kalau kita rasa nak mengumpat,org yang paling layak diumpat adalah mak kita sendiri...Apekehei nye pulak ye dok?? aku sayang mak aku setengah mati....Ini adalah disebabkan pahala kita akan dipindahkan kpd orang yang kita umpat..Oleh sebab mak la orang yg paling kita sayang..jadi, mengumpat mak sendiri bererti kita memindahkan pahala amalan kita kpd mak kita sendiri sebagai lambang kasih sayang yg x berbelah-bagi..

So,terpulang la kepada sapa2 yg nak bagi hadiah hari ibu dgn cara yg macam tu...

Sekian..